Sunday 8 January 2012

Topik 1.2 : Taat dan Berani



Taat

Taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan, tidak mengingkari dan sentiasa patuh dengan semua arahan yang diberi. Setiap orang Islam hendaklah mentaati perintah Allah swt dan Rasullah saw dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan. Kita wajib mentaati segala perintah ibu-bapa selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak serta mentaati segala arahan guru dan pemimpin atau ketua.


Berani

Berani pula ialah kesanggupan menyatakan kebenaran atau membuat pengakuan, keputusan dan pendirian diri. Kesanggupan melakukan tindakan serta bersedia menghadapi tentangan atau akibat.
Antara contoh-contoh berani ialah mempertahankan perkara yang hak(kebenaran), menegakkan keadilan, membela golongan yang lemahdan teraniaya, menentang kezaliman, menentang kepalsuan dan maksiat serta menegur perkara yang tidak baik.



----------------------------------------------------------------------------------
Perbincangan.


1) Apakah pengertian Taat.
2) Mengapa kita perlu taat kepada perintah Allah dan Rasul
3) Mengapakah berani itu sifat yang terpuji?

5 comments:

  1. Taat itu boleh diertikan sebagai patuh. dan kita bukan perlu, tetapi wajib patuh kepada perintah Allah dan Rasul kerana :
    1. Allah adalah Khaliq dan kita adalah makhluk
    2. Kita adalah hamba yang wajib patuh perintah Allah
    3. sementara Rasul pula adalah pesuruh Allah yang menyampaikan semua perintah Allah

    ReplyDelete
  2. berani itu termasuk dalam salah satu sifat mahmudah kerana :-
    1. mempertahankan yang hak
    2. berani kerana benar

    ReplyDelete
  3. hai kawan-kawan.... kalau kita berani tak bayar hutang, tu boleh dikatakan sifat terpuji ke.....?

    ReplyDelete
  4. 1.taatlah kepada apa yang diperintahkan kepada dirimu.
    2. berani mempertahankan maruah sehingga hujung nyawa.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillahsekarang ini ramai yang berani kepadaperkara yang salah mudahan kenyataan ini dapat beri pedoman pada semua

    ReplyDelete