Sunday 8 January 2012

Latihan Ulangkaji

     1. Istilah ‘mahmudat’ yang bermaksud himpunan nilai serta amalan yang baik dan mulia mengikut pandangan Islam adalah merujuk kepada :
a.       Sifat terpuji
b.      Sifat memuja
c.       Sifat 20
d.      Sifat kerjasama

     2. Berikut adalah beberapa kepentingan sifat terpuji, kecuali;
a.       Keimanan seseorang yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia
b.      Sifat terpuji menyamakan diantara manusia dengan haiwan
c.       Sifat terpuji dapat melahirkan masyarakat yang harmoni
d.      Perutusan Nabi Muhammad saw adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

     3. Seseorang yang mempunyai akhlak yang terpuji mempunyai tanda-tanda seperti:
a.       Sering memberikan nama yang tidak baik terhadap diri dan keluarga
b.      Bercakap kasar dan berkira terhadap orang lain
c.       Berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberi
d.      Tidak bersyukur atas nikmat yang diperolehi

      4. Setiap orang Islam hendaklah mantaati perintah Allah swt dan Rasullah saw dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangannya. Kenyataan ini adalah diantara sifat yang :
a.       Berani
b.      Istiqomah
c.       Mulia
d.      Taat

      5. Sifat berani adalah suatu sifat yang terpuji seperti :
a.       Mempertahankan perkara yang was-was
b.      Akur kepada kezaliman dan ingkar kepada keadilan
c.       Membela golongan yang lemah dan teraniaya
d.      Tidak endah kepada maksiat dan membiarkan perbuatan yang tidak baik

      6. Istiqomah adalah ialah menjalankan sesuatu suruhan Allah swt secara terus menerus. Ianya terbahagi kepada tiga tahap iaitu :
a.       Hati, Mata dan Lisan
b.      Perbuatan, Hati dan Lisan
c.       Lisan, Pendengaran dan Percakapan
d.      Mata, Hati dan Pendengaran


      7. Sifat Tawadhu itu ialah sifat merendah diri. Ianya sifat yang baik dan terpuji. Berikut yang manakah bukan contoh sifat Tawadhu itu :
a.       Bangga diri serta riak
b.      Tahu kelemahan serta kelebihan dirinya
c.       Sentiasa taat perintah Allah swt dan Rasullah saw
d.      Tidak sombong dan takbur

      8. Firman Allah swt yang bermaksud “ Dan jika engkau menghukum,maka hukumlah diantara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. Ayat tersebut menyatakan sifat :
a.       Tawadhu
b.      Adil
c.       Sama rata
d.      Qana’ah

      9. Qana’ah mempunyai beberapa pengertian seperti :
a.       Menerima dengan sungutan dan tidak rela
b.      Terpedaya dengan tipu daya dunia
c.       Menerima dengan sabar terhadap ketentuan Allah swt
d.      Tidak bertawakal kepada Allah swt

    10. Berikut adalah sifat-sifat yang terpuji yang mesti ada pada setiap manusia iaitu :
a.       Taat, Takut dan Sombong
b.      Berani, Qana’ah dan Tawadhu
c.       Istiqomah, Qana’ah dan Riak
d.      Riak, Takbur dan Sombong

Topik 1.5 : Qana'ah "قناعة"


Qana'ah "قناعة"

Qana'ah "قناعة" iaitu menerima dengan cukup iaitu menyeru supaya bersabar menerima ketentuan jika ianya tidak menyakinkan hati dan bersyukur bila dikurniakan nikmat walaupun sekejap.

Qana'ah "قناعة" juga mempunyai pengertian yang lain.

Antara pengertian Qana'ah "قناعة" yang lain :

  • Menerima dengan rela apa yang ada
  • Memohon kepada Allah swt dengan usaha yang berterusan
  • Menerima dengan sabar terhadap ketentuan Allah swt
  • Bertawakal kepada Allah swt
  • Tidak tertarik dengan tipu daya dunia

Orang yang mempunyai sifat qana'ah reda dengan kurniaan rezeki yang ditentukan Allah swt setelah dia berusaha. Kita dituntut untuk berkerja bersungguh-sungguh bagi mendapat kurniaan dari Allah swt dan menambah rezeki kerana memenuhi tuntutan ibadah.  


Pautan:
- Pengertian sifat qanaah oleh Prof Dr Hamka

-----------------------------------------------------------------------------------
Perbincangan.


1) Apakah perbezaan diantara qana'ah dan reda?


Topik 1.4 : Tawaduk dan Adil




Tawadhu

Tawaduk ialah sifat merendah diri. Ia sifat yang baik dan terpuji. Orang yang merendah diri telah berjaya membentuk akhlaknya. Dia juga tahu menjaga nama baik diri dan keluarganya, tidak bangga diri serta tahu kelemahan dan kelebihan dirinya. Walaupun mempunyai banyak kelebihan, orang yang tawaduk sentiasa taat kepada perintah Allah swt, tidak sombong, tidak takbur dan sentiasa menghormati orang lain.

Firman Allah swt :


" وعبادالرحمن الذىن يمثون عل الارض هوناواذاخاطبهم الجهلون قالواسلما"
Surah Al-Furqan:63
Bermaksud ;
" Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman, ialah mereka yang berjalan dibumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab berkata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini ".


Pautan :
- Tawadhu



Adil

Adil bererti meletakkan sesuatu sesuai pada tempatnya. Kita hendaklah berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang lain. Contohnya, berani mengakui kesalahan diri sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut.
Keadilan kepada orang lain hendaklah disempurnakan hak mereka dan menghukum secara saksama bagi mereka yang bersalah serta membela orang yang teraniaya.

Firman Allah swt ;


" وان حكمت فاىحكم بينهم بالقسط ان الله يحب المقسطين"
Surah Al-Maidah:42
Bermaksud ;
" dan jika engkau menghukum, maka hukumlah diantara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah swt mengasihi orang-orang yang berlaku adil ".



Pautan:
- Adil dan pengertiannya



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbincangan.

1) Mengapakah orang yang merendah diri itu dikatakan telah berjaya membentuk akhlaknya?
2) Bagaimanakah kita boleh bersikap adil?

Topik 1.3 : Istiqamah " استقامة"


 Istiqomah " استقامة"

Istiqomah ialah ketaatan menjalankan sesuatu suruhan Allah swt secara terus menerus. Orang yang beristiqomah akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan tidak akan berpaling walau dalam apa keadaan sekalipun.

Istiqomah terbahagi kepada tiga tahap yang perlu berlaku serentak iaitu :

  • Istiqomah Hati
    • Sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman seperti menjauhi sifat riak dan syirik
  • Istiqomah Lisan
    • Memelihara lisan atau tutur kata supaya sentiasa berkata benar seperti tidak berpura-pura dan berdolak-dalik
  • Istiqomah Perbuatan
    • Tekun berkerja atau melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan yang diredhai Allah swt seperti tidak berputus asa dan tidak lemah semangat.

Pautan:
- Istiqomah dan pengertiannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbincangan.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan Istiqomah?
2) Mengapa kita perlu mempunyai sifat Istiqomah pada ketiga-tiga tahap tersebut?

    Topik 1.2 : Taat dan Berani



    Taat

    Taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan, tidak mengingkari dan sentiasa patuh dengan semua arahan yang diberi. Setiap orang Islam hendaklah mentaati perintah Allah swt dan Rasullah saw dengan mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan. Kita wajib mentaati segala perintah ibu-bapa selagi perintah itu tidak bertentangan dengan syarak serta mentaati segala arahan guru dan pemimpin atau ketua.


    Berani

    Berani pula ialah kesanggupan menyatakan kebenaran atau membuat pengakuan, keputusan dan pendirian diri. Kesanggupan melakukan tindakan serta bersedia menghadapi tentangan atau akibat.
    Antara contoh-contoh berani ialah mempertahankan perkara yang hak(kebenaran), menegakkan keadilan, membela golongan yang lemahdan teraniaya, menentang kezaliman, menentang kepalsuan dan maksiat serta menegur perkara yang tidak baik.



    ----------------------------------------------------------------------------------
    Perbincangan.


    1) Apakah pengertian Taat.
    2) Mengapa kita perlu taat kepada perintah Allah dan Rasul
    3) Mengapakah berani itu sifat yang terpuji?

    Sifat Terpuji dan Mulia : Pengenalan - 2


    Kepentingan Sifat Terpuji

    • Perutusan Nabi Muhammad saw) adalah untuk menyempurnakan akhlak yang baik
    • Keimanan seseorang dikaitkan dengan akhlak yang mulia
    • Akhlak yang mulia memberatkan timbangan yang baik pada hari akhirat
    • Sifat terpuji membezakan diantara manusia dengan haiwan
    • Amat dituntut dan diberi perhatian dalam Islam
    • Akhlak terpuji dapat melahirkan masyarakat yang harmoni

    Tanda-tanda Orang Yang Mempunyai Sifat Terpuji
    • Sentiasa taat perintah Allah swt, Rasul, Ibu-bapa dan Guru
    • Luhur budi pekerti dan baik budi bahasa
    • Sentiasa menjaga nama baik diri dan keluarga
    • Menghormati orang lain dan bertolak ansur
    • Berdisiplin dalam melaksanakan tugas yang diberi
    • Sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas nikmat yang diperolehi

    Saturday 7 January 2012

    Sifat Terpuji dan Mulia : Pengenalan


    Sifat terpuji ialah sifat yang mulia yang menjadi asas perhubungan manusia. Sifat terpuji dalam bahasa Arab disebut sifat  "محمودة"yang bermaksud himpunan nilai serta amalan yang baik dan mulia mengikut pandangan Islam.

    Antara sifat yang terpuji ialah taat, berani, istiqomah, tawaduk, adil, qana'ah dan sifat-sifat terpuji yang lain. Kita hendaklah menyemai sifat terpuji dalam diri  kita supaya dapat menjamin keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup.

    Sabda Rasullah (saw);


    انمابعثت مكارم الاخلاق
    Yang bermaksud :
    "Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"
    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



    Rasullah (saw) pernah ditanya oleh seseorang;

    " اي الؤ منين اكمل ايمانا؟
    قال: احسنهم خلقا "
    Yang bermaksud :
    " Siapakah orang mukmin yang paling sempurna imannya?, jawab Rasullah (saw), orang yang paling baik akhlaknya"